Islamic Widget

Wednesday, April 10, 2013

PIM 3106 : Kewafatan Ayah Rasulullah

       
       Abdullah, yang juga dikenali sebagai Abu Dar, dilahirkan dalam tahun Masehi 545, merupakan anak bongsu daripada sepuluh anak lelaki Abdul Muttalib. Abdullah seorang anak muda yang tampan dan memiliki keperibadian mulia sesuai dengan keturunannya dari suku kaum Quraisy, golongan yang dihormati oleh kabilah-kabilah Arab lainnya. Abdullah seorang anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttalib kerana beliau seorang yang bersopan-santun. Abdullah juga dikenali sebagai al-Dhabih (mangsa penyembelihan). Ini kerana beliau adalah mangsa nazar ayahnya, Abdul Muttalib yang bernazar akan mengorbankan anaknya jika mendapat sepuluh anak lelaki yang taat setia membantunya kelak sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran.


         Tatkala usianya cukup dewasa, ayahnya, Abdul Muttalib memperjodohkan Abdullah dengan Aminah, anak perempuan Wahab bin Abdu Manaf, tokoh Quraisy berjawatan tinggi dalam pentadbiran Makkah. Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Aminah merupakan wanita Quraish yang paling mulia dari segi keturunan dan kedudukan. Bapanya ketua Bani Zuhrah.

         Ketika Abdullah dibawa Abdul Muttalib ke rumah Wahab bin Abdu Manaf untuk dinikahkan dengan Aminah, seorang perempuan bernama Qatila, mengikuri Abdullah dengan pandangan yang tajam dari hadapan pintu rumahnya di Makkah. Tatkala Abdullah melintasinya, Qatila menegur, “Anda hendak ke mana?” “Ikut ayahku,” jawab Abdullah. “Begini,” kata Qatila, “aku sedia menggantikan perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh ayah anda, jika anda sanggup bersamaku,” katanya merujuk perbelanjaan Abdul Muttalib mengeluarkan 100 unta sebagai tebusan nyawanya. “Tidak, aku akan tetap ikut ayahku, dan kami tidak boleh berpisah,” tegas Abdullah.

        Abdullah merasa tersinggung dan malu kerana Qatila mengeluarkan kata-kata sedemikian di hadapan ayahnya sendiri, seorang yang amat dihormati dan disegani. Walaubagaimanapun, Abdullah meneruskan perjalanan, dengan sikap dan tindakan Qatila itu tetap mengganggu fikiran dan menjadi tandatanya.

        Abdullah dinikahkan pada hari yang berkenaan, dan tradisi Arab memerlukan Abdullah menginap di rumah pengantin perempuan selama tiga malam berturut-turut sebagai cara memesrakan hubungan pasangan pengantin baru. Satu hari sesudah itu, Abdullah meninggalkan rumah dan sewaktu diperjalanan bertemu semula dengan Qatila, tapi beliau merasa hairan melihatkan Qatila yang tidak sedikitpun menunjukkan minat kepadanya seperti tempoh hari.



“Mengapa anda tidak menegurku?” kata Abdullah.

“Anda siapa?” Tanya Qatila seolah-olah tidak 
mengenalinya.

“Abdullah bin Abdul Muttalib,” tegas Abdullah.

“Pada mulanya, anda mempunyai cahaya di antara 
kedua mata anda,” kata Qatila, “tapi kini cahaya itu 
sudah hilang.”

“Apa yang terjadi?” tanya Qatila. 

        Hakikatnya, hasrat utama Qatila terhadap Abdullah terdorong dari keinginannya menjadi seorang ibu yang bakal melahirkan seorang bayi yang akan menjadi nabi bagi umat manusia. Maklumat berkaitan itu diketahui melalui khabar yang disampaikan sendiri oleh abangnya, Waraqah bin Naufal, Rahib yang terkenal dan dihormati oleh penduduk Arab.

       “Demi Allah, aku tidak silap, cahaya yang bersinar itu, yang ingin aku miliki, kini sudah menyusup masuk ke dalam tubuh perempuan lain,” kata Qatila, “perempuan itu pastinya melahirkan seorang manusia teragung. Dengan kehilangan cahaya di dahi anda, membuat hatiku tidak lagi tertarik.”

        Ramalan Qatila itu menjadi kenyataan apabila Abdullah mendapati isterinya hamil, dan beliau menyedari hakikat kebenaran Qatila, bahawa anak yang akan dilahirkan itu akan menepati ramalan Qatila tadi.

       Lalu tinggallah Abdullah dengan Aminah di Mekah. Tidak lama selepas itu, Abdul Muttalib mengutuskan Abdullah untuk pergi ke Madinah bagi mendapatkan bekalan-bekalan untuk mereka. Di sana dia meninggal dunia. Menurut Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri dalam bukunya al-Rahiq al-Makhtum, Abdullah keluar untuk berdagang ke Syam, bersama rombongan perdagangan Quraish dan beliau singgah di Madinah lalu jatuh sakit dan meninggal di sana. Jenazahnya dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Jadi.

    Sayangnya, Abdullah tidak berpeluang menyambut kelahiran anaknya, kerana beliau wafat semasa Muhammad Rasulullah SAW masih dalam kandungan bondanya selama dua bulan. Beliau meninggal dunia ketika berumur 25 tahun, dengan meninggalkan seorang hamba wanita Habsyah yang bernama Barakah dan digelar Ummu Aiman, lima ekor unta dan sebilangan kambing ternakan untuk diwarisi oleh Aminah. Apabila berita kematiannya sampai ke Mekah, Aminah meratapinya dengan ungkapan-ungkapan syair yang menarik, katanya:

Hilang sudah putera Hashim di Batha
Bertandang lahad yang jauh dalam ratap tangis
Panggilan maut memanggil lantas disahutnya
Yang tidak meninggalkan seumpama putera Hashim di 
kalangan manusia
Petang hari mereka mengusung kerandanya
Oleh teman-teman yang berasak-asak
Jika benar kematian dan dukacita itu perampas dirinya
Namun dia tetap terpahat sebagai dermawan dan pengasih



Disediakan oleh : 
Mohamad Fitri Bin Mohd Zahir & Muhamad Amirul Syafiq Bin Md. Yusuf
Pelajar PISMP Pendidikan Islam IPG Kampus Darulaman.



Rujukan:

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2011). Al-Rahiq Al-Makhtum. Sirah Nabawiyyah s.a.w. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, (2008) Fiqh al-Sirah. Selangor: Dewan Pustaka Fajar

Hj Dusuki bin haji Ahmad. (1976) Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman. (2011) Biografi Muhammad bin Abdullah Perjalanan hidup seorang Nabi. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Haji Mohd Rashad Shamsuddin (2002) Sirah Muhammad Rasulullah SAW. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers

Wednesday, January 16, 2013

“Kahwin, aku datang ! “


Erti sebuah seruan agama


Oleh : Mohamad Fitri Mohd Zahir


Dari sudut pandangan seorang muslim yang beriman, perkahwinan merupakan seruan dan sunnah Rasulullah S.A.W bagi meramaikan umatnya bagi memperkuatkan barisan jentera muslim dengan benih-benih yang soleh serta solehah bukannya bersifat kepada keperluan seksualiti manusia semata-mata. Hal ini jelas dapat dilihat di dalam salah satu ungkapan dari Saiyidina Umar bin Khattab.
Maksudnya : “Ketahuilah, bahawa aku tidaklah mengahwini seorang wanita kerana syahwat, melainkan kerana mengharapkan agar Allah memberi rezeki kepada jiwa-jiwa yang meng-Esakan Allah..”

Falsafah perkahwinan menurut islam
Pensyariaatan pernikahan telah membuktikan islam mempunyai sistem yang sistematik dan teratur bagi mengurus kehidupan masyarakat muslim berlandaskan prinsip-prinsip yang telah digariskan berdasarkan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip-prinsip ini memberi jaminan kebahagian dalam komuniti kekeluargaan meliputi segala aspek khususnya aspek kepeluan zahir dan batin manusia yang telah semula jadi diciptakan oleh Allah. Seruan mengenai perkahwinan ini telah dicatatkan dalam mushaf al-karim di dalam surah An-Nur 24 ayat 32 yang bermaksud : “ dan kahwinkanlah orang-orang yang masih membujang diantara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan... “. Sumber daripada hadis nabawi Riwayat Ahmad pula menyaksikan tentang perkara yang hampir sama maksudnya dengan ayat Allah ini yang telah dinyatakan, daripada Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.".
                Menyingkap tirai definisi perkahwinan pula, nikah dari sudut lughah atau bahasa bermaksud himpun, kumpul atau cantum. Manakala dari segi syarak, nikah adalah ikatan perkahwinan yang menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan yang diharuskan untuk berkahwin. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “Nikah itu adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku, ia bukanlah daripada golonganku.. “
                Sepertimana yang telah kita sedia maklum, perkara yang paling utama sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan bagi seseorang insan yang beragama islam adalah mengetahui terlebih dahulu perkara-perkara berkaitan dengan pernikahan antaranya rukun nikah. Rukun nikah terbahagi kepada 5 iaitu calon suami, calon isteri, wali, saksi dan sighah atau lafaz ijab dan kabul. 

Kisah Perkahwinan Puteri Nabi Dengan Sahabat Nabi

Pada suatu hari Abu Bakar As-Siddiq R.A, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama- sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Perbincangan berlaku antara lain persoalan tentang puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Siddiq R.A, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib?”
Abu Bakar As-Siddiq R.A menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk bertemu Saidina Ali R.A. Sewaktu Sayidina Ali melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gapah, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk rehat sejenak, Saidina Abu Bakar segera memperjelaskan persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar berita dari Abu Bakar r.a itu, mata Sayidina Ali r.a berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayidina Ali r.a berkata, “Wahai Abu Bakar, engkau telah membuat hatiku yang tenang menjadi goncang. Engkau telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayidina Ali lalu berkata, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayidina Ali r.a untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian, Sayidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. Ia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?” “Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW. Rasulullah mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperolehi dariku!”
Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata, “Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Talib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”
Ummu Salamah membuka kisahnya: “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, “Engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasulullah, itu kuterima dengan baik,” jawab Ali bin Abi Talib dalam pernikahan itu. Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkahan atas perkahwinan itu.

Romantisnya Nabi Muhammad
                Candle Light Dinner?? Mungkin sebahagian daripada kita yang berkahwin tahu tentang maksud perkataan yang menjadi simbul romantik didalam sesebuah perhubungan. Secara mudahnya, istilah ini merujuk kepada suatu tempat makan yang romantis, mempunyai konsep nyalaan lilin yang tidak terlalu malap di persekitaran tersebut. Suasana ini sengaja diwujudkan bagi menambah dan mengekal rasa kasih dan sayang antara pasangan yang yang telah lama terjalin. Islam tidak pernah melarang pasangan yang telah berkahwin melakukan sedemikian bahkan menggalakkan perkara sedemikian disamping menjaga adab dan etika yang telah digariskan.
                Daripada Aisyah RA berkata, “ aku pernah minum. Saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Nabi Muhammad (dari bekas yang sama), baginda menempelkan mulutnya sama di tempat bekas aku minum, lalu baginda minum. Pernah pula aku makan daging yang tersisa dari tulang dengan menggigitnya , sedangkan aku dalam keadaan haid. Kemudian aku berikan daging itu kepada Rasulullah, lalu baginda meletakkan mulutnya pada bekas mulutku.. “                                                                                                                          -HR Muslim No 800- 

Tips Memilih Calon
                Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, nescaya engkau akan selamat".
Dalam hadis yang berlainan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Monday, November 19, 2012

Shutter Count D90

My D90 20/11/2012

"Every camera shutter survival rate will be different but from what I understand Nikon has tested their shutter system up to 100,000 clicks. I would expect that to be average. Some will fail before that but you probably can expect the shutter to go well beyond that number. You should not suffer a shutter failure for a very long time and by then you will probably want more up to date technology."

Joseph

sumber : http://nikonites.com/d90/1734-nikon-d90-shutter-limit.html ...


Let's check our shutter count |  http://www.camerashuttercount.com/

Monday, September 17, 2012

BINA INSAN GURU SEMESTER 2



Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2

Program Bina Insan Guru semester Dua ( 2 ) mencakupi satu aktiviti ceramah, bengkel atau seminar dan satu aktiviti khidmat masyarakat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti  serta  akauntabiliti profesionalisma guru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Aktiviti  ini  juga  betujuan  memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Bakal-bakal guru dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara.  Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Mereka perlu dilatih supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

Wednesday, September 12, 2012

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat


Alhamdulillah kunjungan saya dan rakan sekelas (afiq, khalil, shamyrool, muiz) ke Kelantan selama seminggu bermula 26 hingga 30 Ogos 2012 memberikan suatu pengalaman yang amat beharga buat kami semua. 
Masjid Pulau Melaka, Kelantan.
Segalanya bermula apabila kami merancang untuk solat maghrib di Masjid Tok Guru ,Pulau Melaka, Kelantan. Perjalanan kami mengambil sedikit masa untuk sampai disana kerana 'pemandu pelancong' kurang pasti jalan untuk kesana. Pelbagai perasaan dan tanggapan yang telah kami buat antaranya "berkemungkinan TGNA dah tunggu kita tu.. " dan lain2...  Setibanya kami disana, perasaan bangga mula berbunga kerana dapat juga sampai untuk solat disana walaupun buat kali kedua bagi diri saya. 
Kediaman MB terletak bersebelahan dengan masjid.

selesai solat, kami berjalan sekitar masjid dan melihat sendiri bagaimana rumah MB Kelantan. Rumah beliau yang sederhana tanpa pagar dan betul-betul bersebelahan dengan masjid mengingatkan kami tentang bagaimana rumah Rasullullah (Allahumma solliala sayyidina muhammad) seperti yang pernah kami dengar dari hadis-hadis. Harta dan pangkat mereka bukan alasan untuk digunakan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya digunakan untuk kepetingan sejagat. 
Dipendekkan cerita, seorang pelajar sekolah tahfiz disitu memaklumkan bahawa kebiasaannya TGNA (singkata dari Tok Guru Nik Aziz) akan berjamaah ketika Isya. oleh yang demikian kami terus bertekad untuk terus menuggu untuk solat isya disini. 
Berimamkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selesai solat, kami terus 'serbu' TGNA . Soalan pertama yang diajukan beliau adalah "datang dari mana? : Kedah.. ". seterusnya kami tidak melepaskan peluang bergambar dengan beliau walaupun kami dimaklumkan bahawa beliau kurang sihat akan tetapi pemimpin tersebut tetap melayani kami sebagai tetamu (allahu akbar..~) . 
Bergambar kenangan bersama MB Kelantan, TGNA.

*moral of the story : setinggi mana darjat kita antara manusia, tetapi yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa. Jadi janganlah kita sombong sesama manusia. :)
Topi 'R' for Royalti Kelantan... :P




Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidurrasul










Nabi Muhammad S.A.W..

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...