PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS DARULAMAN
Pengenalan Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh IPG merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti PISMP dengan Kepujian selama empat tahun.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, danPendidikan Pra Sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Hasil Pembelajaran Program
Para lulusan PISMP dengan Kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang :
i. mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah ;
ii. menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah;
iii. menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;
iv. berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, danPendidikan Pra Sekolah dalam pelbagai situasi sebenar; v. memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia;
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.
No comments:
Post a Comment