Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 |
Program Bina Insan Guru semester Dua ( 2 ) mencakupi satu
aktiviti ceramah, bengkel atau seminar dan satu aktiviti khidmat
masyarakat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kefahaman yang
menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau
sekolah dengan komuniti serta akauntabiliti profesionalisma guru ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan.
Aktiviti ini juga betujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat
kemasyarakatan. Bakal-bakal guru dilatih supaya
berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka
didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab
terhadap profesion, masyarakat dan negara.
Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial
perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama
dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Mereka
perlu dilatih supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas pengalaman,
kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara
berterusan dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment