Bagi mereka yang masih baru menggunakan 'blogspot' dan belum mengetahui cara untuk menggunakan settings > basic, ikuti langkah yang akan saya terangkan. Terdapat beberapa setting yang perlu dilakukan supaya blog kita dapat dikesan di laman pencarian seperti Google, Msn, Yahoo dan lain-lain yang berkaitan. Masih belum mengetahui apa yang perlu dilakukan di setting? berikut adalah langkah-langkah asas :
1. ) Login blogspot anda terlebih dahulu. Setelah username dan kata laluan di masukkan akan terus terpapar halaman 'dashboard' blog anda. Kemudian cari dan klik pada button gambar kertas disebelah icon pensil yang berwarna oren.
2. ) Setelah menekan button tersebut, akan terpapar pilihan seperti overview, posts, pages, comments, google+, stats, layout, template dan settings. Klik pada "settings".
4. ) Pada menu Publishing, anda boleh meletakkan alamat blog anda untuk pencarian. Anda disarankan meletakkan alamat blog yang mudah ditulis dan bebas memasukkan apa-apa alamat blog anda mengikut keselesaan. Blog yang mudah ditulis dan pendek lebih disukai pengguna kerana senang untuk diingati. Semua alamat blog anda akan di sambung dengan 'blogspot.com' . Contohnya : pi2ipda.blogspot.com . Klik save setting setelah selesai memasukkan "blog address".
5. ) Di bahagian Permission pula, anda boleh memilih admin untuk blog anda untuk bersama-sama membantu mengendalikan blog ini. Semua admin mestilah juga seorang blogger iaitu mereka juga perlu mempunyai blog masing-masing. Untuk memasukkan authors, klik pada "add authors" dan masukkan emel rakan anda yang anda kehendaki atau buat carian pada kenalan yang terdapat di dalam blog anda. Setelah itu, anda boleh memilih samaada untuk kekal menjadikan rakan anda sebagai admin/authors atau tidak. Untuk pengetahuan anda, anda berkuasa untuk menarik balik hak admin/authors bila-bila masa jika dikehendaki. Klik save untuk menyimpan segala perubahan yang telah anda lakukan.
Sekian sahaja manual pengendalian Settings > basic. Selamat mencuba.
>> Nukilan oleh Fitri <<
( http://pi2ipda.blogspot.com/2013/10/tutorial-blog-10-cara-settings-basic-di.html )
( http://pi2ipda.blogspot.com/2013/10/tutorial-blog-10-cara-settings-basic-di.html )
No comments:
Post a Comment