Islamic Widget

Monday, November 19, 2012

Shutter Count D90

My D90 20/11/2012

"Every camera shutter survival rate will be different but from what I understand Nikon has tested their shutter system up to 100,000 clicks. I would expect that to be average. Some will fail before that but you probably can expect the shutter to go well beyond that number. You should not suffer a shutter failure for a very long time and by then you will probably want more up to date technology."

Joseph

sumber : http://nikonites.com/d90/1734-nikon-d90-shutter-limit.html ...


Let's check our shutter count |  http://www.camerashuttercount.com/

Monday, September 17, 2012

BINA INSAN GURU SEMESTER 2



Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2

Program Bina Insan Guru semester Dua ( 2 ) mencakupi satu aktiviti ceramah, bengkel atau seminar dan satu aktiviti khidmat masyarakat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti  serta  akauntabiliti profesionalisma guru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Aktiviti  ini  juga  betujuan  memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Bakal-bakal guru dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara.  Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Mereka perlu dilatih supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

Wednesday, September 12, 2012

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat


Alhamdulillah kunjungan saya dan rakan sekelas (afiq, khalil, shamyrool, muiz) ke Kelantan selama seminggu bermula 26 hingga 30 Ogos 2012 memberikan suatu pengalaman yang amat beharga buat kami semua. 
Masjid Pulau Melaka, Kelantan.
Segalanya bermula apabila kami merancang untuk solat maghrib di Masjid Tok Guru ,Pulau Melaka, Kelantan. Perjalanan kami mengambil sedikit masa untuk sampai disana kerana 'pemandu pelancong' kurang pasti jalan untuk kesana. Pelbagai perasaan dan tanggapan yang telah kami buat antaranya "berkemungkinan TGNA dah tunggu kita tu.. " dan lain2...  Setibanya kami disana, perasaan bangga mula berbunga kerana dapat juga sampai untuk solat disana walaupun buat kali kedua bagi diri saya. 
Kediaman MB terletak bersebelahan dengan masjid.

selesai solat, kami berjalan sekitar masjid dan melihat sendiri bagaimana rumah MB Kelantan. Rumah beliau yang sederhana tanpa pagar dan betul-betul bersebelahan dengan masjid mengingatkan kami tentang bagaimana rumah Rasullullah (Allahumma solliala sayyidina muhammad) seperti yang pernah kami dengar dari hadis-hadis. Harta dan pangkat mereka bukan alasan untuk digunakan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya digunakan untuk kepetingan sejagat. 
Dipendekkan cerita, seorang pelajar sekolah tahfiz disitu memaklumkan bahawa kebiasaannya TGNA (singkata dari Tok Guru Nik Aziz) akan berjamaah ketika Isya. oleh yang demikian kami terus bertekad untuk terus menuggu untuk solat isya disini. 
Berimamkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selesai solat, kami terus 'serbu' TGNA . Soalan pertama yang diajukan beliau adalah "datang dari mana? : Kedah.. ". seterusnya kami tidak melepaskan peluang bergambar dengan beliau walaupun kami dimaklumkan bahawa beliau kurang sihat akan tetapi pemimpin tersebut tetap melayani kami sebagai tetamu (allahu akbar..~) . 
Bergambar kenangan bersama MB Kelantan, TGNA.

*moral of the story : setinggi mana darjat kita antara manusia, tetapi yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa. Jadi janganlah kita sombong sesama manusia. :)
Topi 'R' for Royalti Kelantan... :P




Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidurrasul










Nabi Muhammad S.A.W..

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.

Monday, January 9, 2012

PISMP ambilan Januari 2012




PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS DARULAMAN 






Pengenalan Program  

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh IPG merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti PISMP dengan Kepujian selama empat tahun.   


Matlamat Program 

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, danPendidikan Pra Sekolah  selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. 


Hasil Pembelajaran Program 

Para lulusan PISMP dengan Kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang  : 

i. mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah ; 

ii. menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah;   

iii. menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan; 

iv. berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, danPendidikan Pra Sekolah dalam pelbagai situasi sebenar; v. memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia; 

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...