Islamic Widget

Tuesday, October 19, 2010

.:..PenYediAan siZzling yEe mEe...:.


Sizzling Mee  

Bahan-Bahan:
1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)





300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 - 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 - 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
Cadangan Hidangan:
Hendaklah dimakan semasa panas-panas. Sedap dimakan bersama cili api yang dipotong kecil yang direndamkan bersama kicap cair yang diperah limau nipis. Selamat mencuba
sedap nih.....! 
mmg best ar klu mkn..terbaik kot...

2 comments:

  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog tuan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog tuan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak tuan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete
  2. Sands Casino: Online Gaming in the USA - SGCasino.com
    The Sands Casino offers 샌즈카지노 a variety 제왕카지노 of table games, live casino games 메리트 카지노 like blackjack, poker, keno, keno and live dealer games.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...