Islamic Widget

Saturday, January 29, 2011

.: Permainan Kanak-Kanak (A.E.I.O.U) :.

setelah diedit...=) (klik untuk imej lebih besar)..

Alhamdulillah akhirnya tugasan Pendidikan Jasmani dapat dijalankan dengan sempurna.. Pada mulanya proses mencari agak sukar diperoleh..akan tetapi saya dan rakan iaitu saudara Qairul Naim berusaha mencari bahan di Perpustakaan Awam Kedah. Proses mengumpul bahan berjaya diperoleh..
  Keesokan harinya, kami berjumpa Ketua  kumpulan (ketua kelas) untuk menetapkan tajuk 'Konda Kondi' sebagai tajuk kajian. Malang tidak berbau, rupa-rupanya tajuk yang telah dicari tiada dalam senarai assignment.. Kami hampir buntu. Usaha tetap diteruskan setelah melihat tajuk yang terdapat dalam tugasan..
ketua kumpulan sem 2


Untuk makluman, sebelum tajuk konda kondi, tajuk kami adalah Motoka / Lumba Kereta. Dek kerana bahan tersebut tidak ditemui, barulah kami mengambil keputusan untuk mnegubah tajuk selepas diberitahu tajuk konda-kondi tersebut masih kosong oleh rakan-rakan..

Qairul Naim (dihadapan hafifi)..
Berbalik kepada jalan cerita, ini bermaksud tajuk ini merupakan tajuk yang ketiga ( A.E.I.O.U).. Setelah mendapat bantuan dari kawan-kawan, maklumat kali ini berjaya juga diperoleh.. Terima kasih kepada raka-rakan (hilmi, muiz sidik, shamyrool, hafifi, afiq)... Dari sini, terbuktilah, dengan ukhwah yang kuat, segala urusan yang sukar menjadi mudah..( selain dari pertolongan allah)..

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Encik Yusainy bin Azizan diatas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Akhirnya, semoga tugasan ini mendapat ganjaran daripada Allah. Kami juga berharap tugasan ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu insan lain mencari maklumat berkaitan permainan kanak-kanak ini..
terima kasih kawan-kawan kerana menjadi model pengambaran..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...